1 Jul 2013

Hari Keluarga BDQ 2013

Tarikh 15 Jun 2013 yang lepas, pastinya takkan dilupakan dalam ingatan semua warga BDQ... mana taknya Hari Keluarga yang julung-julung kali telah diadakan dengan meriah sekali .... Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut pun tenang... Memang terbaik la perancangan yang telah diaturkan .... Daripada bab bincang pasal tugas bawa peralatan bagai, makanan, permainan dan macam-macam hal lagi la... Bab makanan, BDQ memang handal..! hehehe... Tema makanan kali ni ala-ala BBQ gitu...  Ada ikan, ayam,beger,jagung bakar, sosej dan buah-buahan.... Menu utama adalah jeng jeng jeng....... ..NASI LEMAK & MIHUN.... amacam meletop kan..??!!
 
Ha... sekarang kita scroll untuk gambar-gambar masa Hari Keluarga hari tu.... ish tak sabar nak tengok nih...!!!
 





 




 
Ha.... ni baru sikit.... cuba tengok menu nyer pulak.... Alhamdulillah.... sedap betul...... nyum nyum nyum...




 
 
 
Lepas makan-makan, semua mengadap aktiviti permainan lak.... Huh masa nih la masing-masing nak lepas peluang imbas balik kenangan masa zaman kanak-kanak.. kikiki...Macam-macam permainan lah yang ada masa tu... main tiup belon la, isi air dalam botol la, baling belon air la,,tak lupa juga buat istana katanyer... kikiki... Semua ni bukannya apa,, nak eratkan lagi tali silaturrahim di samping berseronok... kan kan....jom layan gambar bawah ni...



 





 
Aktiviti terakhir adalah acara 'exchange gift'.... jadi, masing-masing dapat la bawa pulang hadiah sebagai tanda kenangan.....Biasa la Mr. Bos yang sampaikan 'exchange gift' pada semua staf.....Muka semua ceria je dapat hadiah.....
 






 
Okey la.... rasanya macam dah cover semua story masa Hari Keluarga BDQ hari tu... Sebagai penutup, saksikanlah aksi dan gelagat anak-anak comel ni... So, kepada semua warga BDQ, terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda semua... Pasni dah leh plan buat majlis lain lak.... Hari Lahir ke, Majlis Kesyukuran ke, Hari Bertemu Pelanggan ke.... oppss....???!! salam ceria & selamat bertemu sekali..... Assalamualaikum.




 

 



 
 

 


@NHAB
 

12 Sept 2011

Rumah Terbuka Bos BDQ

Salam Aidilfitri!

Baru-baru ini iaitu pada 9 Sept. 2011(Jumaat lagi hu hu hu...) yang lepas, Bos (En.Masdzarif) telah pun bermurah hati mengadakan rumah terbuka kepada staf BDQ dan kenalan lain.Oleh sebab itu, ramai yang telah mengosongkan perut masing-masing sejak pagi supaya dapat membelasah makanan di rumah Bos he he he....Majlis ini juga disertai oleh alumni BDQ....

Kalau tak caya boleh lihat gambo kat bawah ni....tapi ini gambo bebudak yang telah kekenyangan....zasssss...








Ikhlas dari Admin. Babai..
www.sepulanuar.com






11 Sept 2011

Majlis Berbuka Puasa Staf BDQ

Salam semua,

Sebenarnya pada 25 Ogos 2011 (Khamis malam Jumaat he he he) yang lalu, Kelab Staf BDQ ada mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Permaisuri, Krubong-Melaka. Namun begitu, bukan semua staf BDQ termasuk saya sendiri yang hadir kerana ada komitmen lain yang lebih penting.

Seperti biasa layan je la gambar yang tak berapa banyak ni. Gambo ihsan dari Cik Fadh....Babai.








Ikhlas dari Admin.
www.sepulanuar.com


5 Sept 2011

Salam Aidilfitri 2011 Dari Warga BDQ

Salam semua,

Memandangkan secara tradisinya sambutan Hari Raya Aidilfitri di sambut selama sebulan. Oleh itu, masih belum terlambat rasanya warga BDQ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khasnya kepada staf Pejabat Pendaftar dan warga kerja UTeM secara amnya. Akhir kata, layan je la video kat bawah ni khas untuk pembaca blog myBDQ. Babai!


Ikhlas dari,
Admin

7 Jul 2011

Lawatan Kerja BDQ ke Karangkraf

Salam hormat semua!

Baru-baru ini BDQ telah menganjurkan satu lawatan kerja rasmi ke Karangkraf, Shah Alam khas untuk ahli Sidang Redaksi Buletin TERAS Pejabat Pendaftar. Antara tujuan utama lawatan utama ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sesuatu majalah itu dihasilkan peringkat demi peringkat.

Seperti yang kita tahu bahawa nak jadi TERBAIK kita mestilah belajar dari yang TERBAIK! Oleh sebab itu kami memilih Karangkraf sebagai destinasi pilihan lagipun ia sebuah syarikat gergasi Bumiputera. Kami dilayan dengan begitu baik sekali termasuklah "Big Bos" Karangkraf sendiri iaitu Dato' Hussamuddin Yaacub.

Secara peribadi aku sendiri dah ada satu idea hasil dari lawatan tersebut terutamanya bagi aktiviti online aku he he he...

Akhir kata, diharapkan Buletin TERAS Pejabat Pendaftar kali ini akan lebih mantap! dan layan je la gambar-gambar kat bawah ni....Bye!















Semoga kita semua berjaya Dunia & Akhirat. Amin
Saiful Anuar