7 Jul 2011

Lawatan Kerja BDQ ke Karangkraf

Salam hormat semua!

Baru-baru ini BDQ telah menganjurkan satu lawatan kerja rasmi ke Karangkraf, Shah Alam khas untuk ahli Sidang Redaksi Buletin TERAS Pejabat Pendaftar. Antara tujuan utama lawatan utama ini ialah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sesuatu majalah itu dihasilkan peringkat demi peringkat.

Seperti yang kita tahu bahawa nak jadi TERBAIK kita mestilah belajar dari yang TERBAIK! Oleh sebab itu kami memilih Karangkraf sebagai destinasi pilihan lagipun ia sebuah syarikat gergasi Bumiputera. Kami dilayan dengan begitu baik sekali termasuklah "Big Bos" Karangkraf sendiri iaitu Dato' Hussamuddin Yaacub.

Secara peribadi aku sendiri dah ada satu idea hasil dari lawatan tersebut terutamanya bagi aktiviti online aku he he he...

Akhir kata, diharapkan Buletin TERAS Pejabat Pendaftar kali ini akan lebih mantap! dan layan je la gambar-gambar kat bawah ni....Bye!















Semoga kita semua berjaya Dunia & Akhirat. Amin
Saiful Anuar

1 comment:

  1. wah..best-best..
    semoga keluaran teras yang akan datang setanding dengan majalah dapur impian..
    :)

    ReplyDelete